Ahad, 22 April 2012

KATA TUGAS ITEM

Kegunaan untuk soalan esei, Kata Tugas Item sangat penting supaya pelajar menjawab soalan

mengikut kehendak soalan. Apakah Kata Tugas Item? mari kita lihat sama-sama.....

1)         Apakah- Memberi maklumat yang khusus dan spesifik

2)         Bagaimanakah- Memperlihatkan / memberi penerangan tentang cara/ keadaan/

langkah/ kejadian


3)         Bandingkan- Memberi persamaan dan perbezaan antara 2 atau lebih perkara

4)         Bincangkan- Memberi pandangan dari pelbagai aspek

5)         Buktikan - Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta

6)         Cadangkan- Memberi pandangan/ idea/ pendapat dengan mempertimbangkan

perkara  positif dan negatif


7)         Berapakah- Memberi suatu kuantiti secara terus / kiraan mudah dan tidak melibatkan

prosedur hitungan tertentu   

8)         Definasikan- Memberi keterangan yaang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu

perkaara khusus, istilah atau termologi

0 ulasan:

Catat Ulasan